Inisiatif ini bertujuan memantau prestasi PMKS, mengenal pasti isu yang dihadapi dalam persekitaran perniagaan semasa serta menilai keberkesanan program & bantuan kepada PMKS dalam tempoh 2021 – 2025. Bantu kami dengan memberi maklum balas sebelum atau pada 30 April 2026 agar SME Corp. Malaysia dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Maklum balas anda adalah SULIT. SME Corp. Malaysia akan menyimpan maklumat anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan penggunaan / perkongsian maklumat firma anda dengan pihak ketiga hanya akan dilakukan untuk tujuan pembangunan PMKS.
