PENGENALAN
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Soal Selidik Persepsi Pelajar Terhadap Sistem Pengurusan Kualiti Pusat Tanggungjawb (PTJ) dijalankan bertujuan untuk mendapatkan skor persetujuan pelajar UiTM terhadap pengurusan kualiti di PTJ masing-masing. Hasil soal selidik ini merupakan salah satu input yang diambil kira di dalam penilaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018.

Soal selidik ini terdiri daripada tujuh (7) kriteria iaitu :

i)    Kepimpinan
ii)   Perancangan Strategik
iii)  Tumpuan Kepada Pelanggan
iv)  Pengukuran, Analisis Dan Pengurusan Pengetahuan
v)   Tumpuan Kepada Pelajar
vi)  Tumpuan Kepada Operasi
vii) Hasil

Soal Selidik ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A - Demografi dan Bahagian B - Kriteria Penilaian

Untuk Bahagian B, anda diminta membaca, memahami dan menilai kriteria secara jujur untuk setiap penyataan dalam tempoh setahun yang lalu.
 
Skala penilaian ini dibahagikan kepada lima (5) :

1 = Sangat Tidak Setuju 
2 = Kurang Setuju 
3 = Tidak Pasti 
4 = Setuju 
5 = Sangat Setuju

Hasil kajian akan dilaporkan secara agregat dan bukan secara individu. Maklumat yang diperolehi adalah untuk tujuan penambahbaikan amalan nilai di UiTM. Soal selidik ini akan mengambil masa antara 5 hingga 7 minit.


Terima kasih

                                                                 ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2018

 

T