Screen Reader Mode Icon
Segmen Raudhah Hati bersiaran langsung di dalam Program Rampai Pagi sebulan sekali pada hari sabtu minggu ke-3, jam 8:40 pagi. Segmen ini disampaikan oleh kaunselor-kaunselor dari Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan membawakan topik-topik yang mengetengahkan mengenai ketenangan, kesejahteraan hati, minda dan kehidupan termasuk motivasi dan menangani tekanan kerja seperti kebimbangan, kemurungan dan stres.

Antara tajuk wawancara yang telah diketengahkan adalah seperti berikut:
• Bersiaga Untuk Masa Depan
• Daya Tahan Mengukuhkan Kesejahteraan Diri
• Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Sihat
• Membina Motivasi Diri
• Hijrah Pemangkin Kualiti Diri
• Menjernihkan Hati
• Menjaga Kerahsiaan
• Rahsia Belia Berdaya Tahan

• Budaya Kerja Yang Toksik
• Keseimbangan Untuk Kedayatahanan Hidup
• Re-Set Hati Dan Minda
• Menanai Tabiat Baik Untuk Meraih Kebahagiaan
• Mengenal Potensi Diri

Oleh itu, Kaji Selidik ini bertujuan untuk:

1) Mengetahui demografi dan sambutan Segmen Raudhah Hati di Rancangan Rampai Pagi.
2) Mendapatkan maklumbalas audiens mengenai keberkesanan dan pencapaian termasuk usefulness Sesi Wawancara di Segmen Raudhah Hati.
3) Mendapatkan maklumbalas penonton mengenai subjek/topik yang dibawakan dan untuk diketengahkan dalam segmen ini.

0 of 13 answered
 

T