Screen Reader Mode Icon
 
 
Terima kasih atas minat anda untuk menyertai tinjauan dalam talian ini. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki pengalaman keluarga semasa wabak koronavirus.  Penyertaan dalam tinjauan ini akan mengambil masa kira-kira  20  minit. Sila baca maklumat ini sebelum menandakan kotak dengan jawapan ‘Ya’ untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini .
 
Anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan mengenai kehidupan keluarga anda, kesejahteraan keseluruhan, hubungan kekeluargaan, dan bagaimana anda mengatasi kehidupan semasa semasa wabak Covid-19.
 
Sila harap maklum bahawa penyertaan dalam tinjaun ini adalah secara sukarela. Setelah anda setuju mengambil bahagian, anda masih boleh mengundur diri semasa tinjauan  dengan menekan butang ' keluar ' atau menutup pelayar. Jika anda menerima e-mel untuk tinjauan yang lain, anda diberi kebebasan untuk tidak menyertai tinjauan tersebut.

Jawapan yang diterima adalah tanpa nama dan kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan identiti penyerta dirahsiakan. Ini adalah kerana alamat e-mel anda akan dikeluarkan dari seluruh jawapan yang anda berikan sebelum sebarang analisis dilakukan. Alamat e-mel anda kemudiannya akan dipadamkan sebaik sahaja kajian selesai. Alamat e-mel anda juga tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak luar. Maklumat dan jawapan anda akan disimpan dalam fail yang dilindungi kata laluan dan boleh digunakan dalam penerbitan akademik. Alamat IP anda juga tidak akan disimpan. Data kajian akan disimpan selama sekurang-kurangnya tiga tahun setelah penerbitan atau penyebaran hasil penyelidikan.
 
Persetujuan
Saya faham bahawa:
  • Penyertaan saya adalah secara sukarela.
  • Saya perlu berikan alamat e-mel untuk tujuan penghantaran tinjaun yang lain. Walau bagaimanapun, alamat e-mel yang diberikan ini tidak akan dikongsi kepada pihak luar dan ia akan di keluarkan daripada jawapan yang diberi sebelum analisis dilakukan.  Oleh itu maklumat yang saya berikan adalah rahsia.
  • Oleh kerana jawapan yang diterima adalah tanpa nama, saya tidak boleh tarik balik jawapan yang saya berikan semasa tinjauan. Akan tetapi saya boleh  menarik diri dari kajian selidik yang akan datang.
  • Data kajian akan disimpan dengan selamat dan identiti anda tidak boleh  dikenal pasti dalam apa jua hasil dari kajian ini.  

Question Title

* 1. Dengan menandakan kotak, anda bersetuju bahawa anda adalah ibu atau bapa atau  penjaga  anak yang berumur 18 tahun ke bawah,  bahawa anda telah membaca maklumat tentang kajian itu, dan bahawa anda secara sukarela bersetuju untuk mengambil bahagian dalam kajian ini.

0 daripada 34 dijawab
 

T