YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Encik/ Puan,

Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang menjalankan kajian bagi melihat impak pelaksanaan gaji minimum terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sehingga Disember 2018. Hasil kajian ini akan menjadi sebahagian input yang akan membantu kerajaan dalam membuat keputusan bagi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) terhadap PKS pada masa hadapan.

Sebagai makluman, PGM pertama, PGM 2012 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 (RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) dan PGM 2016 berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016 (RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).

Kajian ini dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 25, Akta 732. Mengikut Akta ini, MPGN hendaklah, sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua tahun, mengkaji semula PGM.

Kandungan borang kaji selidik yang diterima adalah SULIT dan tidak akan dihebahkan kepada sesiapa atau pihak di luar Kementerian.

Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk kaji selidik ini adalah terletak kepada majikan syarikat ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntan, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi pegawai berikut:

1. Encik Ahmad Haziq Bin Azmi - (603-88865148) / ahmadhaziq@mohr.gov.my
2. Cik Saidatul Akma Bt Zakaria - (603-88866520) / saidatulakma@mohr.gov.my
3. Cik Azati Syima Bt Azini          - (603-88865156) / azatisyima@mohr.gov.my

Terima kasih atas kerjasama anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Sir/ Madam,

National Wages Consultative Council (NWCC), Ministry of Human Resources (MoHR) is conducting study to identify the impact of minimum wages implementation on Small and Medium Enterprises (SMEs) until December 2018. The results of this study will be part of the input that will assist the government in making decisions on the implementation of the Minimum Wage Order (MWO) on SMEs for future.

For information, the first MWO, MWO 2012 took effect from 1 January 2013 (RM900 per month in Peninsular Malaysia and RM800 per month in Sabah, Sarawak and Federal Territory of Labuan) and MWO 2016 took effect from 1 July 2016 (RM1,000 per month in Peninsular Malaysia and RM920 per month in Sabah, Sarawak and Federal Territory of Labuan).

This study is conduct under the provisions of the Section 25, Act 732. Based on this Act, NWCC shall, at least once in every two years, review the MWO.

The content of questionnaire received is CONFIDENTIAL and will not be expose to anyone or party outside the Ministry.

The responsibility to submit information for this questionnaire is to employer of this firm and not a representative, secretary or accountant, although they may act on behalf of the employer.
If you have any question, please contact the following officers:

1. Mr. Ahmad Haziq Bin Azmi       - (603-88865148) / ahmadhaziq@mohr.gov.my
2. Mrs. Saidatul Akma Bt Zakaria - (603-88866520) / saidatulakma@mohr.gov.my
3. Mrs. Azati Syima Bt Azini         - (603-88865

Question Title

* 1. Nama syarikat
Company name

Question Title

* 2. Nombor pendaftaran syarikat/ perniagaan (SSM)
Registration number of company/ business (CCM)

Question Title

* 3. Tahun mula perniagaan sekarang
Commencement year of present business

Question Title

* 4. Daerah (Tempat bekerja)
District (Working place)

Question Title

* 6. Status syarikat
Company’s status

 
25% of survey complete.

T