Tinjauan pengalaman keganasan berasaskan gender dalam talian di Malaysia

Bantu kami #PushForward dengan mengkongsikan pengalaman anda!

KRYSS Network merupakan satu organisasi bukan untung (not-for-profit) yang memerhati dan menjalankan kajian mengenai akses ke kebebasan pendapat dan bersuara di Malaysia, terutamanya bagi kaum wanita dan komuniti terpinggir. Kerja kami meliputi fokus untuk memastikan keselamatan alam maya untuk semua bebas bersuara cerita mereka, termasuk pengalaman hidup, pendapat, dan fikiran mereka tanpa ugutan gangguan atau keganasan.

Tujuan survei ini adalah untuk mendokumentasikan kes-kes keganasan berasaskan gender dalam talian (OGBV) sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk membangunkan bukti dan ilmu yang boleh menghentikan keganasan berasaskan gender dalam talian. OGBV merupakan gangguan dan prasangka disasar kepada individu, terutamanya secara tidak seimbang terhadap wanita, kanak-kanak perempuan, dan golongan LGBTQ, melalui penggunaan teknologi, berasaskan gender mereka.

Silalah isikan borang lain untuk setiap insiden (atau pelaku) keganasan berasaskan gender dalam talian. 

Anda dibenarkan untuk berkongsi setakat mana anda berasa selesa untuk mengkongsikan pengalaman OGBV tersebut. Hal ini sebab, kami sedar bahawa ia mungkin susah dan/atau sukar untuk anda menceritakannya. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesedian anda untuk membantu kami memperjuangkan bagi Malaysia yang bebas daripada OGBV. 
1.Bolehkah anda berkongsi sedikit sebanyak apakah yang telah berlaku? (m.k. Apa yang berlaku? Siapa yang terkena? Siapakah merupakan pelaku? Bilakah ia berlaku, cthnya tahun mana?)
2.Untuk insiden ini yang anda telah mengalami, adakah ini kali pertama pelaku telah menyerang anda?
3.Adakah anda kenal siapa yang melakukan ini? Jika anda selesa jelaskan, anda boleh memberi maklumat tambahan seperti siapa, nama mereka, nama yang mereka guna dalam media sosial, m.k. handle mereka, dll.)
4.Keganasan berasaskan gender dalam talian ini telah berlaku dalam mana satu platform? (jika lebih daripada satu, anda boleh ‘tick’ yang mana berkaitan)
5.Jika anda telah mendokumentasikan pengalaman anda mengenai kes keganasan berasaskan gender dalam talian ini (sbg cth. Melalui screenshot, gambar, atau video) yang anda ingin berkongsi dengan kami, anda boleh hantarkan ke e-mel kami, iaitu documentation.kryss@gmail.com. Kami faham bahawa ianya mungkin sukar dan menimbulkan perasaan tidak selesa untuk lihat semula fail-fail tersebut. Anda tidak perlu mengongsi fail-fail ini jika anda tidak selesa....
No file chosen
7.Apakah yang telah berlaku untuk menentang keganasan tersebut? Jika anda telah mengambil tindakan yang berikut, sila menceritakan prosesnya dan juga respons kepada tindakan tersebut. Sila tulis atau tick kotak berkenaan.
8.Adakah anda mempunyai maklumat atau pemerhatian yang anda ingin berkongsi? Apakah yang telah berlaku apabila anda mengambil tindakan di atas? Adakah keganasan berasaskan gender dalam talian tersebut dikurangkan dari segi kekerapan dan intensiti? Adakah ianya berhenti sepenuhnya? Adakah anda mengalami jenis keganasan tambahan dan/atau keganasan berasaskan gender dalam talian dalam bentuk lain?
9.Bolehkah kami menghubungi anda untuk maklumat tambahan tentang insiden ini? Jika ya, silalah kongsi butiran berikut.
10.Adakah anda mempunyai apa-apa lagi untuk ditambah atau soalan-soalan yang anda ingin tanya?
Terima kasih atas kesudian anda berkongsi cerita anda dengan kami. Cerita anda hanya akan dikongsi dalam bentuk rumusan dan nama anda bersama informasi lain yang boleh dikenal pasti tidak akan digunakan dalam sebarang laporan, kecuali apabila anda telah memberi kami kebenaran.

Kami igin mengadakan satu mesyuarat dewan bandar mengenai keganasan berasaskan gender dalam talian dalam masa yang terdekat. Jika minat, anda perlu RSVP. Sila guna pautan ini. Kami akan memaklumkan anda mengenai butiran program melalui emel.
Current Progress,
0 of 10 answered