Skip to content
Survey Anai-Anai Man
(A) PERANGAI KORANG KAT RUMAH
1.
Kita mulakan dengan soalan senang. Berapa kali korang kemas rumah (spring cleaning) dalam masa setahun?
Hari-hari (sebab aku memang pengemas gila)
Seminggu sekali
Sebulan sekali
Beberapa bulan sekali
Setahun sekali (contoh, macam sebelum raya)
Tak pernah kemas
2.
Siapa biasanya yang buat kerja-kerja bersihkan rumah? Jawab secara jujur ye :)
Saya
Isteri/suami/teman perempuan/teman lelaki saya
Ibu saya
Bapa saya
Adik/abang/kakak saya
Datuk saya
Nenek saya
Anak saya
Kitorang semua tolong bersihkan rumah sekali
Orang gaji
Lain-lain (Nyatakan)
3.
Dalam seminggu, berapa korang habiskan masa untuk kemaskan rumah?
Kurang sejam
1 - 3 jam
3 - 6 jam
6 - 9 jam
9 - 15 jam
16 - 24 jam
24 - 48 jam
Lebih daripada 48 jam
4.
Mana antara berikut korang PALING BIASA buat bila mengemas rumah? (Pilih 3
Mop/sapu lantai
Lap cermin/tingkap
Kesat semua perabot/alat perkakas
Bersihkan kipas siling
Vakum karpet
Buang makanan lama dalam peti sejuk
Kutip segala sampah untuk dibuang
Kitar semula segala sampah yang dikutip
Cuci pinggan mangkuk
Tukar cadar katil
Cuci baju
Seterika baju
Bersihkan tempat tidur/makan/berak haiwan peliharaan
Lain-lain (Nyatakan)
5.
Kerja bersihkan rumah yang korang PALING BENCI buat adalah… (Pilih 3)
Mop/sapu lantai
Lap cermin/tingkap
Kesat semua perabot/alat perkakas
Bersihkan kipas siling
Vakum karpet
Buang makanan lama dalam peti sejuk
Kutip segala sampah untuk dibuang
Kitar semula segala sampah yang dikutip
Cuci pinggan mangkuk
Tukar cadar katil
Cuci baju
Seterika baju
Bersihkan tempat tidur/makan/berak haiwan peliharaan
Lain-lain (Nyatakan)
6.
Antara berikut, kawasan rumah manakah yang korang paling gigih bersihkan?
Bilik air
Ruang tamu
Stor
Ruang almari
Bilik tidur
Taman rumah
Dapur
Mana-mana kawasan yang nampak kotor
Lain-lain (Nyatakan)
7.
Mana antara berikut korang selalu periksa apabila mengemas rumah? (Pilih 3)
Periksa siling kapur kalau ada serangga perosak bersarang (anai-anai, semut api, lipas)
Periksa kawasan rumah yang berkayu kalau mereput
Tengok kalau ada masalah kebocoran (atap sebab hujan atau saluran paip tak ketat)
Tengok kalau ada longkang tersumbat
Pastikan takde pokok mati atau hapuskan terus tunggul kayu di kawasan taman rumah
Pastikan takde pokok menjalar lebih
Periksa bawah katil in case ada raksasa
Tak pernah periksa mana-mana kawasan rumah pun (Pilih ni je kalau ni jawapan korang)
8.
Mana antara berikut yang korang pernah nampak waktu membersihkan rumah? (Pilih semua yang berkenaan)
Lipas mati dalam paip rumah
Tikus berlari dalam tong sampah luar rumah
Taik cicak di penjuru rumah
Sawang labah-labah di siling rumah
Jejentik dalam pasu berair
Tiub lumpur anai-anai dekat dinding rumah
Sayap kelkatu bersepah atas lantai rumah
Duit syiling terhilang kat celah-celah alat perabot rumah
Takda mana-mana di atas (Pilih ni je kalau ni jawapan korang)
Lain-lain (Nyatakan)
9.
Sekerap mana korang buang sampah rumah korang?
Setiap hari, tak kira sampah penuh ke tak
Hanya bila tong sampah dah penuh
Hanya bila sampah dah mula berbau
Seminggu sekali, untuk hantar ke pusat kitar semula
10.
Mana antara berikut yang pernah korang buat kat rumah? (Pilih semua yang berkenaan)
Tak lap kaki selepas mandi, lepas tu terus jalan atas parquet/lantai kayu
Tak betulkan terus paip bocor
Mop lantai, tapi tak terus keringkan
Masukkan baju belum kering/ tuala basah dalam almari
Tak ada di atas, aku pembersih dan cermat orangnya (Pilih ni je kalau ni jawapan korang)
11.
Berapa banyak yang korang sanggup habiskan sebulan untuk kebersihan dan keselamatan rumah korang?
RM100 ke bawah. Aku simple je orangnya
RM100-RM500
RM500-RM1,000
RM1,000-RM 2,000
RM2,000 dan ke atas
Tak kisah semahal mana pun, asalkan rumah selamat, bersih dan selesa
12.
Masalah mana korang lagi rela hadapi?
Pintu dan dinding korang kena makan dengan anai-anai
Serangan lipas… yang jenis BERTERBANG
Paip tandas busuk walaupun korang dah cuba bersihkan banyak kali
Rakan kongsi bising yang selalu buat semak dan tinggalkan sampah sarap merata-rata
Semua jiran korang dah kena denggi jadi masa korang akan tiba tak lama lagi
13.
Senjata mana yang korang paling suka guna untuk bunuh lipas gemuk, besar, dan berisi kat rumah korang?
Surat khabar yang dah digulung
Spray ubat serangga
Selipar
Sabun
Air panas
Tangkap dan buang je... mana elok bunuh makhluk Tuhan
Orang lain - tak berani aku bunuh benda tu!!!
Lain-lain (Nyatakan)
Current Progress,
0 of 33 answered