Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Yang Berhormat Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan / Puan
 
SOAL SELIDIK KAJIAN PENILAIAN OUTCOME PROJEK FASA 3 TAHUN 2023
 
Parlimen Malaysia mempelawa Yang Berhormat Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan / Puan untuk mengambil bahagian dalam Kajian Penilaian Outcome Projek Fasa 3. Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada Yang Berhormat Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan / Puan untuk mengenal pasti tahap kefungsian kemudahan fasiliti yang disediakan di bawah projek Fasa 3 serta mengenal pasti cadangan untuk proses penambahbaikan dan penyelenggaraan di masa akan datang. Kajian ini juga selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2012 berkenaan Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/ Projek Pembangunan.
 
Kaji selidik ini mengandungi 8 bahagian yang berkaitan dengan Yang Berhormat Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan / Puan berkaitan kefungsian kemudahan fasiliti dengan anggaran masa menjawab selama 5 minit.
 
Skop kajian ini merangkumi perkhidmatan dan kemudahan kemudahan fasiliti yang disediakan di bawah projek Fasa 3 iaitu di Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Dewan Serbaguna dan Blok Servis Mekanikal dan Elektrikal. Projek Fasa 3 juga melibatkan:
 
  1. Pejabat & Stor Nurseri Tanaman
  2. Rumah Pengawal
  3. Rumah sampah
  4. Blok utiliti termasuk kerja-kerja tanah
  5. Membaikpulih rumah pengawal sedia ada
  6. Menaik taraf kemudahan infrastruktur sedia ada
  7. Membina pagar baru mengikut sempadan terkini
 
Kajian Penilaian Outcome Projek Fasa 3 Tahun 2023 ini dijalankan bermula dari 9 Oktober 2023 (Isnin) hingga 20 Oktober 2023 (Jumaat).
 
Adalah diharapkan Yang Berhormat Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan / Puan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan borang soal selidik ini. Maklum balas kaji selidik ini adalah penting bagi mendapatkan input yang bermakna untuk membantu Parlimen Malaysia merangka penambahbaikan, penyelenggaraan dan intervensi yang bersesuaian dengan keperluan Yang Berhormat Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Dr. / Tuan / Puan.
 
Maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan bagi tujuan kajian sahaja.
 
Untuk maklumat lanjut berkaitan Kajian Penilaian Outcome Projek Fasa 3 , sila hubungi:
 
Nama Pegawai                     :  Ridza Hafizuddin Bin Abdul Majid @ Hashim
Nombor Telefon/ E-mel     :  +603-2603-6826 / ridza@parlimen.gov.my

Nama Pegawai                       :  Augustine Leonard Anak Jen
Nombor Telefon / E-mel      :  +603-2601 7310 / augustine@parlimen.gov.my

T