Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan inisiatif Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) yang bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa menjadi rakan strategik KPM dan memberi sokongan berterusan terhadap perkembangan anak-anak mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah.

KPM kini sedang menjalankan kajian tinjauan berkaitan PIBK kepada ibu bapa. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan Tuan / Puan mengenai inisiatif pelibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah.

Maklumat lanjut mengenai Garis Panduan Sukarelawan dalam Kelas (SdK) dan Bahan Sarana Ibu Bapa boleh diperolehi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2018, Garis Panduan Sukarelawan dalam Kelas. (Klik disini)

Untuk makluman, semua maklumat yang diberikan dalam kajian ini adalah sulit.

Kerjasama yang diberikan oleh Tuan / Puan, didahului dengan ucapan terima kasih.

T