SOALAN-SOALAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH INI ADALAH DIKHUSUSKAN KEPADA KELOMPOK PEMEGANG TARUH NASIONAL DAN PEMEGANG TARUH KESELAMATAN
 
 
Dasar Pertahanan Negara (DPN) digubal dengan objektif utama untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan-kepentingan negara kita Malaysia. Sebagai Negara berdaulat menjadi tanggungjawab Kerajaan mempertabatkan kedaulatan Negara dengan memastikan keutuhan wilayah serta kesejahteraan ekonomi. Bagi memastikan Dasar Pertahanan Negara terus relevan dengan konteks pertahanan dan keselamatan semasa, Dasar Pertahanan Negara sejak digubalkan pada tahun 1971 telah melalui beberapa proses evolusi dan semakan semula pada tahun 1981, 1986 dan 1993 serta semakan terakhir pada tahun 2007.

 Mengambil kira perubahan lanskap pertahanan dan keselamatan global dan serantau adalah wajar DPN dikaji semula agar usaha-usaha dan kaedah-kaedah yang digunapakai bagi mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan Negara lebih relevan dan efektif dengan senario geopolitik global dan serantau terkini. Sehubungan dengan itu Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan berhasrat untuk menyediakan Kertas Putih Pertahanan (KPP). Ia merupakan menifestasi penyataan dasar Kerajaan berkenaan pertahanan dan keselamatan. KPP bertujuan untuk memaklumkan kepada Rakyat Malaysia dan rakan strategik serantau tentang keutamaan-keutamaan strategik pertahanan dan keselamatan Negara serta menjelaskan perancangan masa hadapan peningkatan keupayaan pertahanan.

Pembangunan pertahanan dan keselamatan Negara merupakan perkara yang bersifat menyeluruh. Dengan itu penggubalan KPP ini akan memerlukan pendekatan whole of government/society. KPP juga digubal selari dengan kedudukan Dasar Keselamatan Negara bagi memastikan keharmonian KPP dengan agenda keseluruhan Kerajaan.

Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) mempelawa semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini untuk memberikan idea dan pandangan terhadap usaha pembangunan Kertas Putih Pertahanan Malaysia. Bagi tujuan tersebut, Tuan/Puan dipelawa untuk menjawab soal selidik di bawah.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai MiDAS seperti berikut:

-  Kol Mohd Akib bin Yusof                : mohdakib@mod.gov.my             : 03 2O175262

-  En Noor Hisham bin Rosle            : noorhisham@mod.gov.my         : 03 20714503

Question Title

* 1. Apakah ancaman keselamatan utama yang dihadapi oleh negara kita masa kini?
What are the main security threats facing our country today?

Question Title

* 2. Bagaimana negara kita hendak menangani semua ancaman ini dengan berkesan?
How can our country address these threats effectively?

Question Title

* 3. Adakah negara kita memiliki keupayaan pertahanan yang diperlukan bagi menghadapi semua ancaman-ancaman masa kini?
Does our country have the necessary defence capabilities to deal with these current threats?

Question Title

* 4. Bagaimana industri pertahanan tempatan dapat menyokong keberkesanan pertahanan negara?
How can the local defence industry support the effectiveness of our national defence.

Question Title

* 5. Bagaimanakah pertahanan negara dapat menyumbang kepada kesejahteraan rakyat?
How can the country’s security contribute to the well being of the people.

Question Title

* 6. Adakah anda mengetahui kewujudan Dasar Pertahanan Negara dan apa yang anda faham mengenainya?
Are you aware of the National Defence Policy and what do you understand by it?

Question Title

* 7. Apakah pendapat anda sekiranya Malaysia memperkenalkan Kertas Putih Pertahanan?
What is your view on Malaysia developing its first Defence White Paper?

0 of 7 answered
 

T