Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada September 2013 bertujuan untuk melonjakkan prestasi sistem pendidikan setanding dengan negara maju melalui transformasi pendidikan negara. PPPM kini dalam Gelombang 2 (2016-2017) pelaksanaannya setelah selesai Gelombang 1 (2013-2015).  Gelombang 1 telah menunjukkan beberapa kejayaan dalam pelbagai aspek seperti peningkatan enrolmen murid, prasekolah, infrastruktur sekolah, kualiti guru dan pemimpin sekolah, kurikulum dan pentaksiran, pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor awam, dan pengupayaan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Soal selidik ringkas ini bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan anda untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia meningkatkan kualiti pendidikan dan menambah baik pelbagai program yang sedang dijalankan di bawah PPPM. Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian: Demografi, Pandangan mengenai PPPM dan Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan.

Arahan: Sila berikan pandangan dan cadangan ikhlas mengenai pernyataan di bawah. Sila tandakan pilihan anda dalam ruangan yang disediakan. Sekian, terima kasih.

* Saya adalah dalam kalangan:

Lapor masalah

T