
Dimaklumkan bahawa tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap kepuasan para pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian/ Unit/ Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi.
Borang soal selidik ini mengandungi lima (5) bahagian iaitu:
i. Bahagian A: Profil Responden
ii. Bahagian B: Kekerapan, Kaedah/ Cara dan Tujuan Berurusan
iii. Bahagian C: Perkhidmatan secara Bersemuka
iv. Bahagian D: Perkhidmatan secara Tidak Bersemuka
v. Bahagian E: Prestasi Perkhidmatan Keseluruhan
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/ puan dalam melengkapkan soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Segala maklumat yang diberikan adalah untuk kegunaan kajian ini sahaja. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi Puan Norhamidah Mohamad di talian 03-8911 5199 atau Puan Roziana Hazami di talian 03-8911 5192.
Segala butiran yang dinyatakan dalam soal selidik ini adalah SULIT dan hanya akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. Kerjasama tuan/ puan amatlah dihargai