Penyelidikan Akademik

Tingkatkan kajian ilmiah anda dengan data yang lebih baik

Add Depth to Your Scholarly Research With Better Data

carry_forward

Uji dan buktikan teori anda. Data kaji selidik yang bagus membuat kesimpulan kajian anda lebih kuat dan lebih menarik, menyediakan bukti kukuh untuk menyokong atau menyangkal tuntutan anda.

Ahli akademik boleh menggunakan kaji selidik untuk menguji hipotesis tentang sikap dan tingkah laku dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, politik, kesihatan, dan banyak lagi! Anda mempunyai program penyelidikan yang baru? Pra-uji intuisi anda dengan soalan-soalan terbuka dahulu dan dapatkan data kualitatif yang kukuh. Untuk kajian longitudinal, langkah kajian berulang boleh membantu anda mewujudkan garis dasar (baseline) dan mengesan perubahan dari masa ke masa.

Selain itu, media online membolehkan anda untuk meninjau masyarakat di mana saja mereka berada – sama ada dalam negara atau dunia tanpa perlu memikirkan hal logistik. Ia juga menghapuskan kesulitan memasukkan data daripada kaji selidik menggunakan pensil dan kertas selain menjimatkan masa dan wang. Apabila anda menggunakan SurveyMonkey, data anda akan di muat turun terus ke Excel atau SPSS.

Bagaimana untuk menggunakan kaji selidik dalam Penyelidikan Akademik

  • Pra-Ujian. Dalam proses untuk melancarkan secara besar-besaran atau projek mahal. Pastikan anda telah baiki segala kecacatan daripada kaji selidik anda terlebih dahulu sebelum anda memulakan-nya. Dengan menguji kaedah anda dengan kaji selidik online dan sampel yang mudah terlebih dahulu, anda boleh membantu anda menangkap sebarang kesilapan atau kekeliruan seawal mungkin, ini menjimatkan masa dan wang.
  • Sampel yang lebih bijak. Sebelum anda menguji hipotesis anda, asah kaedah anda untuk jangkauan kepada populasi sasaran anda. Apakah cara terbaik untuk mencapai mereka? Melalui pos atau e-mel? Adakah mereka pengguna Internet biasa? Adakah mereka menggunakan telefon pintar? Adakah mereka aktif di rangkaian sosial? Dengan maklumat ini, anda boleh mendapatkan sampel anda dengan lebih cepat, murah, dan mudah.
  • Kajian Longitudinal. Ingin selidik kesan jangka panjang program kesedaran kesihatan awam, dasar ekonomi, tenaga, dan banyak lagi kepada kumpulan-kumpulan tertentu? Ukur untuk mendapatkan data dasar dan maklumat kemas kini yang tetap.
  • Latihan lapangan dan pembangunan. Menggunakan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas dan penilaian di tempat-tempat latihan untuk mendapatkan maklumat berharga mengenai “cara anda dilihat” dalam dunia profesional. Gunakan maklum balas yang anda terima semasa durasi praktikal, latihan, penyelidikan pelajar siswazah, kerja makmal, atau pengajaran pelajar sebagai panduan dalam pembangunan kemahiran anda secara berterusan.

Sampel Template untuk Penyelidikan Akademik

Berikut adalah beberapa cara di mana anda boleh menggunakan kajian untuk menyokong bidang khusus kajian dan penyelidikan akademik anda

  • Penjagaan kesihatan dan Penyelidikan Perubatan
    Kenali demografi pesakit – tingkah laku, akses kepada penjagaan kesihatan, isu-isu kesihatan jantina, program khidmat masyarakat dan banyak lagi. SurveyMonkey mempunyai pilihan yang banyak dalam soal selidik kesihatan dan template kajian Penyelidikan Perubatan untuk anda untuk ‘drag and drop’ ke dalam kaji selidik anda, termasuk PHQ-9, cara standard untuk menilai kecenderungan kemurungan.
    • Kajian Gaya hidup dan tingkah laku Sihat
      Gunakan kaji selidik gaya hidup dan kesihatan untuk mengumpul maklumat tentang subjek kajian seperti kesihatan dan habit gaya hidup.
    • Kajian pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
      Gunakan template dari koleksi SurveyMonkey seperti Pendidikan, Sekolah, dan Akademik Online untuk projek penyelidikan mengenai keluarga dan hubungan di sekolah, hasil pendidikan, iklim sekolah, program pembelajaran online, kepuasan pelajar, dan banyak lagi. Template seperti kaji selidik Ibu Bapa untuk Pre K-12 dari Harvard Graduate School of Education adalah contoh terbaik untuk mengumpul maklum balas terperinci dari ibu bapa berkenaan pengalaman pendidikan anak-anak mereka.
  • Psikologi dan Sains Politik
    Fahami kaitan di antara sikap dan pendekatan kumpulan penduduk tertentu dengan perspektif mengenai pelbagai pengalaman dan isu – dari rangkaian sosial untuk penggunaan media, pandangan politik kepada identiti sosial, dan banyak lagi.
  • Data demografi
    Gunakan SurveyMonkey Audience untuk membantu anda mencapai kumpulan sasaran yang betul dan membina data sebenar yang relevan ke dalam cadangan kajian atau pelan perniagaan anda. SurveyMonkey mempunyai template sedia ada untuk pelbagai jenis demografi yang disahkan oleh kakitangan methodologi kami – yang anda boleh tambah kepada mana-mana kaji selidik untuk memastikan anda kenal mereka yang terlibat.